tag nama guru pengiring dan peserta kem sains menengah rendah di MRSM Gerik
http://www.mediafire.com/?71doj06e9u5nabq
Khamis, 20 Oktober 2011
Rabu, 19 Oktober 2011
KEM SAINS MENENGAH RENDAH 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa satu aktiviti Lower Secondary Science Camp anjuran BPM akan diadakan di MRSM Gerik pada 18-21 November 2011 .
Objektif mengadakan Lower Secondary Science Camp ini adalah untuk memupuk minat terhadap sains dan mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman sains yang diperolehi melalui alam persekitaran.
Yuran untuk menyertai kem ini adalah sebanyak RM 30.00 setiap seorang pelajar. Yuran boleh dibayar kepada Koperasi MRSM Gerik Berhad melalui wang pos atau cek.
Berikut adalah MRSM yang terlibat dengan kem sains ini:
Alor Gajah, Balik Pulau, Baling, Batu Pahat, Beseri, Besut, Felda Trolak, Gemencheh, Gerik, Jeli, Kepala Batas, Kota Putra, Kuala Klawang, Kuala Krai, Kuala Kubu Baru, Kuala Terengganu, Kuantan, Kubang Pasu, Langkawi, Lenggong, Mersing, Merbok, Muar, Muadzam Shah, Pasir Salak, Pasir Tumboh, PDRM Kulim, Pendang, Pengkalan Hulu, Pontian, Serting, Tun Abdul Razak Pekan, Transkrian, Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis, Terendak, Tumpat.
Setiap MRSM ysng terlibat diminta memberi senarai nama pelajar (dua orang lelaki dan dua orang perempuan) yang akan menyertai Science Camp tersebut beserta saiz t-shirt kepada KPP Sains, BPM dan satu salinan kepada MRSM Gerik dengan segera.
Setiap maktab juga diminta untuk membawa satu khemah (Four-man tent igloo) untuk penginapan peserta.
Setiap maktab juga diminta untuk membawa satu khemah (Four-man tent igloo) untuk penginapan peserta.
Isnin, 17 Oktober 2011
jamuan kfc untuk yang cemerlang subjek sains dan matematik
Isnin, 3 Oktober 2011
button for top ten...
Langgan:
Catatan (Atom)