Isnin, 10 Mei 2010

penyakit berjangkit H1N1

sumber: nota ini dipetik dari majalah Haluan edisi 1 2010

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu( selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @khinzir dan telah bergabung dengan swine flu ( yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah berevolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan atau manusia. Semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah virus yang 'air born' , ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tamat tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah atau 'host' , ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan 'air ventilation' yang baik , akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu?
Virologi virus H1N1 'incubation period' yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1-4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normmal, ia hannya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan
Virus boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada trakea. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko
1. oarang yang ada maslah obesiti
2. perempuan yang mengandung
3. orang yang ada penyakit asma
4. orang yang bermaslah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation' yang besar, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi , golongan yang rendah tahap imuniti seperti HIV dsb)
5. Perokok

** kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 diatas.

Simpton-simtom
Hari 1- rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2- selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3- rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4- sakit dada yang teruk...(jumpa doktor dengan segera)
Hari 5 dan ke atas - 'lung collapse' atau koma